Pendidikan – Pemberian dana biasiswa untuk pengajian sarjana muda atau pasca siswazah khususnya untuk faedah pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan/atau di mana-mana institusi pengajian lain di dalam atau luar negara.
Pendidikan – Penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran dana biasiswa untuk memajukan pendidikan dan kebajikan moral, intelek dan jasmani mereka.
Kemasyarakatan - Untuk mengumpul dan mengurus dana daripada masyarakat awam, syarikat dan institusi bagi tujuan menyediakan bantuan pendidikan dan sokongan kepada pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dana program pendidikan dan komuniti dan sebarang kemudahan pendidikan tambahan lain untuk pelajar dan universiti untuk mewujudkan dan menyokong program pembangunan untuk pelajar ke arah objektif yang ditetapkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Alam Sekitar - Menjaga kepentingan alam sekitar menerusi program-program kepelbagaian biologi, pemuliharaan alam sekitar dan neutral karbon.