Skip to main content

Misi bantuan banjir - Kahang

15 Januari 2024 | Yayasan UTHM telah mengadakan Misi Bantuan Banjir pada 15 Januari 2024 di Kampung Contoh, Kahang. Barangan keperluan harian berjumlah RM 2,300 disumbangkan kepada mangsa banjir. Misi ini turut disertai oleh Penghulu Mukim Kahang, Encik Mohd Ibnu Hazim Bin Md Ibnuhajar, Ketua kampung Kampung Contoh, Baharuddin bin Aman serta Setiausaha JPKK Kampung Contoh Nurulazrani Binti Abd Rahman.

Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini, dapat meringankan beban semua mangsa banjir yang terlibat.


#YayasanUTHM
#UTHMPrihatin
#UTHMJohor
#GTU2030
#DenganHikmahKitaMeneroka