Misi bantuan banjir - Kota Tinggi
Misi bantuan banjir Yayasan UTHM diteruskan pada Selasa 16 Januari 2024. Diketuai oleh Pengurus Yayasan UTHM, Encik Mohd Razif bin M. Ismail dan diperkuat dengan anggota Skuad Yayasan UTHM. Dua kampung di daerah Kota Tinggi yang terkesan telah dibantu.
1. Kampung Sungai Telor
Bersama Ketua Kampung Sungai Telor Encik Abd Ramlee Bin Abd Rahman, Setiausaha JPKK Kampung Sungai Telor, Puan Nur Farhana Binti Zakaria dan Guru Besar Sk Sungai Telor Puan Rohayu Binti Abdul Rahim serta sukarelawan dari Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Johor. Sebanyak RM 4,000 sumbangan berbentuk makanan keperluan asas telah diberikan. Bumbung sebuah rumah mangsa banjir yang roboh akibat aliran banjir yang deras telah dibersihkan oleh Skuad Yayasan.
2. Kampung Semangar
Misi ini turut dijayakan dengan bantuan Ketua Kampung Semangar dan Rangkaian, Encik Mohd Fadil Bin Haji Md Sari. Bagi meringankan beban 25 keluarga yang terkesan akibat banjir di kampung ini, bantuan makanan keperluan asas bernilai RM 3,000 telah diserahkan kepada mangsa banjir
Dengan semua bantuan ini, diharapkan dapat mengurangkan beban mangsa banjir di kampung Sungai Telor dan Kampung Semangar, Kota Tinggi
#YayasanUTHM
#UTHMPrihatin
#UTHMJohor
#GTU2030
#DenganHikmahKitaMeneroka