Skip to main content

Program Khidmat Masyarakat UTHM Prihatin, Kampung Jaya Sepakat, Senai, Johor

9 Mac 2024 | Program Khidmat Masyarakat UTHM Prihatin Bersama Media Johor bertempat di Kampung Jaya Sepakat, Senai, Johor.


Yang Berhormat Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM hari ini meluangkan masa menyempurnakan Program Khidmat Masyarakat UTHM Prihatin Bersama Media Johor.


Program berkonsepkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu diisi dengan aktiviti gotong royong mengecat kediaman penduduk, pertandingan mewarna,sukaneka dan aktiviti perpindahan ilmu bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan universiti dengan komuniti. Kerja-kerja membaikpulih dinding sebuah rumah penduduk kampung juga turut dilakukan oleh pihak yayasan UTHM sebelum memulakan kerja-kerja mengecat.


Program anjuran Kluster UTHM Prihatin turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa),Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh, Timbalan Presiden Kelab Media Johor, Raja Jaafar Raja Ali selaku wakil rasmi Presiden KMJ, Puan Zaharah Abd Samad, Ketua Pustakawan Perpustakaan Tunku Tun Aminah, merangkap Ketua Kluster UTHM Prihatin, Encik Adib Reeza Osman, wakil rasmi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai, Haji Mohd Redza Abdul Rahman, Penghulu Mukim Senai serta Encik Roslan Baharuddin, Ketua Kampung Jaya Sepakat.


Dato' Naib Canselor turut menyampaikan bantuan tunai kepada asnaf, ibu tunggal dan pelajar-pelajar sekolah serta turut menyampaikan tajaan biasiswa Yayasan UTHM kepada 5 pelajar UTHM, dan LCD Projektor serta al-Quran kepada Pengerusi masjid kampung tersebut.
Selain itu, Dato' Naib Canselor turut menyampaikan mock nombor plat UTHM kepada rakan-rakan Media Johor sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah membantu meningkatkan keterlihatan UTHM selama ini.
#UTHMPrihatin
#YayasanUTHM
#UTHMJohor
#GTU2030
#DenganHikmahKitaMeneroka