Program Khidmat Masyarakat (CSR) Jelajah Utara
29 Jun 2024 | Program Khidmat Masyarakat (CSR) Jelajah Utara Yayasan UTHM 2024 bertempat di Kampung Pajak Song, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Yang Berusaha Puan Zaharah binti Abd Samad, Ketua Fungsi UTHM Prihatin selaku wakil rasmi Yang Berhormat Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan UTHM En. Mohd Razif bin M. Ismail hari ini meluangkan masa menyempurnakan Program Khidmat Masyarakat (CSR) Jelajah Utara Yayasan UTHM 2024 bersempena dengan Program Alumni Norther Outreach 2024.
Program berkonsepkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu diisi dengan aktiviti gotong royong memasak, pertandingan mewarna, pertandingan memasak serta pemeriksaan kesihatan dan pergigian bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan universiti dengan komuniti. Pihak Yayasan UTHM turut berkesempatan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan lampin pakai buang kepada 15 orang warga emas dan OKU di sekitar Kg Pajak Song.
Program ini turut dihadiri oleh Prof. Emeritus Datuk Dr Hj Ismail bin Hj Bakar, ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UTHM, Ustaz Haji Khairul Fitri bin Kiraman, Pengerusi Qariah Masjid Kg Pajak Song dan para sukarelawan daripada Masjid Kg Pajak Song dan juga sukarelawan Yayasan UTHM.
#UTHMPrihatin
#YayasanUTHM
#UTHMJohor
#GTU2030
#DenganHikmahKitaMeneroka