Skip to main content

Program Pembangunan Mahasiswa Baharu dan Sesi Ramah Mesra Bersama Menteri Pengajian Tinggi

Dalam Program Pembangunan Mahasiswa Baharu dan Sesi Ramah Mesra Bersama Menteri Pengajian Tinggi bertempat di Dewan Sultan Ibrahim UTHM, Yayasan UTHM membuat penyerahan sumbangan tunai kepada pelajar asnaf bagi 6 buah sekolah menengah di Parlimen Parit Sulong. Jumlah sumbangan keseluruhan berjumlah RM15,000.00.
Setiap sekolah menerima RM2,500.00 untuk diagihkan kepada 10 orang pelajar asnaf di sekolah masing-masing. Sumbangan telah disampaikan oleh Dato' Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi.
Berikut adalah senarai sekolah yang menerima sumbangan:-


1. SMK Penghulu Saat
2. SMK Dato Sulaiman
3. SMK Semerah
4. SMK Dato Onn
5. SMK Sri Medan
6. SMA Parit Sulong


#yayasanuthm
#kamiUTHM
#yayasanprihatin
#UTHMPrihatin
#KPTPrihatin