Mesyuarat Jawatankuasa UTHM Prihatin Bilangan 2/2022 telah diadakan pada 3 November 2022. Jawatankuasa UTHM Prihatin berfungsi sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas isu kebajikan warga universiti dan masyarakat. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB. Dato’ (Dr.) Haji Nooh bin Gadot, Ahli Lembaga Pengarah UTHM. Jemputan luar turut dihadiri oleh Dr. Haji Razali bin Othman, Universiti Putra Malaysia dan Tuan Hj. Mohd Nazarudin bin Ali, Wakaf An Nur Corporation Berhad serta pegawai-pegawai universiti, persatuan staf dan wakil majlis perwakilan pelajar.
#yayasanuthm
#kamiUTHM
#yayasanprihatin
#UTHMPrihatin